Monday, 18 July 2016

Crittttttt!!!! Mounting Enjin Problem Rupanya...

Aik? Satu hari banyak pulak posting ek? Hehe,

Sebenarnya, banyak benda aku nak cerita ni. Dok simpan dalam kepala otak je la dulu. Lagipun, aku blog ni guna laptop sebab nak letak banyak gambar dan penggunaan data internet yang tinggi. Niat aku nak berblog ni adalah untuk perkongsian cerita dan pengalaman aku sepanjang berada didunia ni.

.............................


Baiklah. Kali ni aku nak cerita lagi pasal kereta Myvi aku yang ada2 je masalah ni. Kereta ni dibeli secara ansuran sejak 2008 dan akan habis pada tahun 2017. 9 tahun kot nak perabih bayor nye..

Kali ni, Myviku ada masalah bunyi "criiiitttttt" masa start enjin. Pada mulanya, ku sangka ada bearing mana2 kat enjin. Sebab bunyi tu dari area situ. Bunyi tu kadang2 ada kadang2 diam. Walaupun tak bukak air-cond, bunyi tu dah mula ada.

Kemudiannya, aku ke workshop di Jenaris, Kajang untuk selesaikan masalah keretaku ni. Pada mulanya, pomen india tu kata mungkin ada masalah pada belting. Tapi, dia cuba pula tekan Air Filter Box dan bunyi bising tu pun berhenti.

Nah! Dapat dah kesan punca dari mana. Kemudian kereta diangkat naik untuk lihat enjin mounting . Bahagian mounting di tengah2 longgar bila ditekan. Rupanya getah dah rosak teruk. Nasib baik la dapat detect awal2.




Terukkan? Dah koyak getah mounting tu. Padahal baru je tahun lepas aku tukar tiga2 mounting enjin dari kedai spare part. Pomen tu menambah pulak, katanya bukan produk original. Iyolah ane. Kasi tukar baru ha. Maka, terbang lah lagi duit poket.


Angin AirCond Kejap Kuat Kejap Perlahan

Haa.. Pernah alami situasi macam tu? Kejap angin kuat, kejap slow. Yang pelik, rasa sejuk tu ada. Tapi masalahnya tak berasa angin tu. Time2 cuaca panas tu, memang berpeluh. Tak pasal2 mandi peluh.

Untuk self-serviced checking ni, mula2 aku pastikan penapis udara di bawah laci kereta dalam keadaan baik. (tidak berhabuk) Tapi, aku tengok ok je. Cuma koyak2 sikit sebab penapis murah.


Kemudian, aku pergi la check aircond dekat workshop di Seksyen 7, Bangi. Alang2 masa tu pasang radio baru. Dah 2 tahun kot tak dengar radio dalam kereta. Huhu. Pomen tu bagitau la sebab aku tak pernah buat major servis aircond ni, mungkin sebab tu air cond kereta tak rasa. Temperature (atau Pressure? lupa pulak) agak tinggi masa check tu. Ok la, nampak logik bila pomen kata gitu. Pomen tu pun bukak la compressor bagi cuci dan lain2 lagi.

Siap 2 jam aku tunggu punya tunggu, air-cond masih tak merasa anginnya walaupun dah putar level 4. Aduuhhh!! Pomen tu kata kena bukak dashboard, mungkin masalah lain. Katanya kena check cooling coil pulak. Kena ambik satu hari jugak la nak check. Cost servis tadi pun dah RM350. Koyak poket.. 

Keesokan harinya, aku ke workshop lain di Jenaris, Kajang. Workshop India punya. Aku bagitau la apa yang dah berlaku masa servis semalamnya. Kemudian pomen tu kata mungkin ada masalah pada blower. Kena la tukar ganti blower tu. Blower tu terletak di bawah laci.



ALHAMDULILLAH. Setelah tukar blower tu, angin tiup elok je..  Cost blower tu je dah RM280. Tapi servis cepat. Lebih kurang sejam je.

Kemudian, aku mintak supaya drawer kereta (sebelum ni tak boleh nak tutup sebab penguncinye dah rosak) diganti. Kena la dalam RM38. Kecik je benda tu.



Selesai servis, aku pulang dengan kelegaan. Syukur Alhamdulillah..




Servis Power Window Sendiri..

Assalamu'alaikum pembaca2 sekalian.

Hari ni aku nak kongsikan cara-cara nak atasi masalah power window untuk kereta Myvi.
Kadang2 bila kita nak bukak cermin kereta depan atau belakang, tiba2 tak boleh. Takpun, bila dapat turunkan sikit, dah tak boleh nak naikkan semula. Mula la risau kan lagi2 bila nak hujan.

Peralatan yang diperlukan :
1. Pemutar skru (mata philip)
2. Pemutar skru (mata rata)
3. Kertas pasir

Cara-caranya :

1. Tanggalkan skru menggunakan pemutar mata philip. (Pastikan skru2 diletak ditempat yg sesuai)

2. Cabutkan panel controller menggunakan pemutar rata. (sebaik2 guna pemutar yang kecil)

 3. Balikkan panel. Kelihatan wayar disambungkan ke panel controller.

4. Tarik keluar controller. Pastikan bahagian putih berada di bawah, yang hitam berada diatas semasa menanggalkan. Ini bagi mengelakkan pin besi terjatuh bertaburan.

5. Pastikan susunan pin besi tu macam ni.

6. Pastikan batang penekan terletak di lubang2 dan berspring.

7. Periksa setiap pin besi ni. Kalau ada serdak2 karat tu, gilapkan dengan kertas pasir. Permukaan yang bersih memudahkan pin ni kena pada elektrod pada panel tu lantas mengalirkan arus isyarat. (perghh)

8. Pasang semula dengan berhati2.
9. Test penggunaan power window (turun & naik).



Selamat Mencuba!

Thursday, 14 July 2016

Cerita Syawal Lagi..

Al kisahnya, kisah yang aku nak cerita ni pun seminggu lepas punya cerita.



Gerak dari Kedah pada pukul 8 malam dari rumah pak menakan isteri di Teroi. Dah lama diajak datang kerumahnya tapi tak berkesempatan pula. Maafkan kami la yer.. Lokasi rumah ni betul2 di kaki Gunung Jerai. Tepi sawah padi. Memang indah dan cantik tempat ni.

Perjalanan dari Kedah terpaksa berkajang di rumah adik ipar (adik isteri) di Teluk Kepayang, Perak memandangkan jalan raya dipenuhi kenderaan dan sangat sesak. Malahan, aku pulak cepat rasa mengantuk kalau bawak kereta, lebih2 lagi lepas makan.


Pada keesokan hari, sambil menunggu iparku pulang dari Gerik, kami beraya di rumah sahabat lamaku, Faris di Kampung Gajah. Lame benor tak jumpe kamu ye yob! Bile awok nok merase nasi minyok ni?  Hehe..




Pada petang pula, seperti biasa, aku akan ke tapak sangkar ikan milik Biras yang terletak ditepi sungai Perak. Benih2 ikan baru saja dimasukkan sebelum raya. Jenis2 ikan yang diternak adalah seperti ikan patin dan talapia. Ikan2 kat sini memang fresh giler.. Mana tak nyer, sungai Perak ni sungai yang sentiasa tak kering air walaupun dimusim kemarau berbanding dengan sungai Pahang.
Sesiapa nak mancing boleh ke sini. Sewaan bot boleh dibincang dengan tauke ikan tu..



Alang2 menjengah sangkar tu, tarik hasil menahan bubu. Dapat la udang galah sekeluarga untuk santapan di waktu malam. Rezeki tu oi... Hehe..


Jam 3 pagi Ahad keesokannya, kami berangkat pulang ke Rinching. Pun jem jugak pagi2 ni.. Adoi la..




Saturday, 9 July 2016

Syawal Tanda Kemenangan..

Assalamu'alaikum,

Syukur Alhamdulillah, sudah hari ke-4 Syawal 1437H dilalui. Kesabaran menempuhi ibadah puasa dihadiahi dengan nikmat berhari raya di bulan Syawal.



Raya tahun ni, kami sekeluarga beraya di negeri kelahiran isteri iaitu di kampung 15 Relong, Tokai, Pendang, Kedah Darul Aman.

Aktiviti wajib malam raya seperti menganyam ketupat palas, gulai daging, dan rendang ayam dilakukan bersama2. Di pagi Syawal pula, kami bermaaf-maafan, kemudian solat sunat aidilfitri di surau berdekatan. Usai khutbah raya, tak semena-mena hujan turun dengan lebat. Hampir sejam jugak la duduk menjamu kuih2 raya sambil bersembang dengan jemaah surau sementara tunggu hujan reda.

Kemudiannya, kami akan kunjung mengunjungi rumah pak menakan isteriku untuk mengerat silaturrahim.
Yela, kami tinggal di Selangor manakala kebanyakan mereka tinggal diKedah. Ini la saja peluang kami bersua muka.

Malam pula, kami lakukan aktiviti BBQ kambing dan ayam. Melantak memang tak ingat dunia punya! Balik rumah terus carik ubat sakit kepala & sakit tekak. Minum ais je seharian. Mana tak datang penyakit. Rokok dah tak hisap, eksesais kurang, makan minum byk kandungan gula & kolestrol pulak.. haihsss.. Sila jangan contohi saya!

Kami bertolak untuk pulang ke Selangor pada jumaat malamnya..

<bersambung sebab tengah cas hp...>








Sunday, 3 July 2016

Ramadhan Meninggalkan Kita..

Assalamu'alaikum & Salam Sayang..

Hari ini hari ke 28 Ramadhan untuk tahun 2016 Masihi.
Sayu pulak hati ni dah nak dekat raya.
Mungkin sebab raya dah tak sama situasinya masa aku muda2 dulu.



Tahun ini merupakan tahun ke-2 tanpa arwah bonda & nenda & yang ke-8 arwah adik perempuan yang dikasihi.
Habis dah bunga2 dalam rumahku dikembalikan kepada Maha Pencipta.
Walaubagaimanapun, Allah Maha Mengetahui dan Maha Penyayang.
Dia juga Maha Mendengar rintihan dalam doa hamba2Nya. Alhamdulillah, untuk tahun ni, Allah anugerahkan seorang lagi anakanda lelaki untuk kami suami isteri dalam keadaan sihat & selamat.

.............



Masa kecik2 dulu, time2 macam ni memang sibuk (ke menyibuk?) duduk kat dapur tolong buat biskut raya dengan Mak.
Biskut raya yang wajib dibuat semestinya 'choclate chip', 'sarang semut', 'choclate rice', 'gajus', 'almond london', 'tart nenas' dan kek oren & kek coklat.
Rendang daging pulak akan mula dibuat malam2 terakhir macam malam ni.. Fuhh memang buat aku teguk air liur petang2 ni! huhu..
Arwah Tok pulak (panggilan untuk nenek) akan sibuk menganyam ketupat nasik yang dibeli oleh Abah. Part ni memang aku FAIL, dah banyak kali aku cuba belajar menganyam ketupat tapi jadi tikar pulak. Haha.

 .............


Untuk persiapan raya tahun ni, banyak habis kat kereta kesayanganku ni. Dekat seribu lebih jugak lah tukar sana tukar sini. Apa pun, yang penting pastikan kenderaan kita dalam keadaan baik untuk perjalanan pulang ke kampung yer!

Part2 yang perlu diservis yang aku nak kongsi ni,,
1. Minyak Hitam, Oil Filter, Spark Plug
2. Tayar (Bunga, Alignment, Balancing)
3. Bateri
4. Air-Cond
5. Wiper