Gerak dari Kedah pada pukul 8 malam dari rumah pak menakan isteri di Teroi. Dah lama diajak datang kerumahnya tapi tak berkesempatan pula. Maafkan kami la yer.. Lokasi rumah ni betul2 di kaki Gunung Jerai. Tepi sawah padi. Memang indah dan cantik tempat ni.
Perjalanan dari Kedah terpaksa berkajang di rumah adik ipar (adik isteri) di Teluk Kepayang, Perak memandangkan jalan raya dipenuhi kenderaan dan sangat sesak. Malahan, aku pulak cepat rasa mengantuk kalau bawak kereta, lebih2 lagi lepas makan.
Pada keesokan hari, sambil menunggu iparku pulang dari Gerik, kami beraya di rumah sahabat lamaku, Faris di Kampung Gajah. Lame benor tak jumpe kamu ye yob! Bile awok nok merase nasi minyok ni? Hehe..
Pada petang pula, seperti biasa, aku akan ke tapak sangkar ikan milik Biras yang terletak ditepi sungai Perak. Benih2 ikan baru saja dimasukkan sebelum raya. Jenis2 ikan yang diternak adalah seperti ikan patin dan talapia. Ikan2 kat sini memang fresh giler.. Mana tak nyer, sungai Perak ni sungai yang sentiasa tak kering air walaupun dimusim kemarau berbanding dengan sungai Pahang.
Sesiapa nak mancing boleh ke sini. Sewaan bot boleh dibincang dengan tauke ikan tu..
Alang2 menjengah sangkar tu, tarik hasil menahan bubu. Dapat la udang galah sekeluarga untuk santapan di waktu malam. Rezeki tu oi... Hehe..
Jam 3 pagi Ahad keesokannya, kami berangkat pulang ke Rinching. Pun jem jugak pagi2 ni.. Adoi la..
No comments:
Post a Comment