Assalamu'alaikum geng,
Dah setahun lebih tak update blog ni. Berabuk page nih!
Btw, sekarang ni aku dah tak kerja depan computer dah.. la ni aku cari rezeki di negeri orang. Hidup merantau di Teluk kepayang, Bota Kiri, Perak. Aku ikut birasku buat projek sangkar ikan sungai.
Setahun aku ikut meniaga jual ikan sungai. Angkut ikan, timbang ikan, siang ikan. Dah bau hanyor badan ni! 😃
-----------------------------------------------------------------
Selepas berhenti kerja di Shah Alam, aku cuba berjinak2 dengan meniaga. Aku ambik produk2 orang kemudiannya aku jual dikedai2 runcit, kedai makan, orang perseorangan. 🚚
Susah bhai nak mulakan bisnes macamni. Ambik stock dari Kedah nun, pastu hantar kedai2. Hujung bulan ambik payment dan restock barang. Jenuh aih!
-------------------------------------------------------------------
Dalam setahun tu juga, Allah kurniakan aku lagi nikmat seorang anakanda lelaki yg comel dan sihat. 👶 Alhamdulillah syukur. Kini dah setahun lebih usia anak keduaku Abdullah Wazif. Anakandaku yg sulung Muhammad Amirulnizam berusia 4 tahun dah.. 👦 dan sedang belajar di pra sekolah PASTI.
Isteriku pulak sedang sarat mengandung anak kami yg ke-3 👸. Moga Allah sentiasa pelihara isteriku dan anak2ku.
No comments:
Post a Comment