Petang ni, aku gerak pulang ke Semenyih berjumpa dengan isteri dan anak2ku.
Syukur ada jiran sebelah rumah sewaku tolong hantar ke seri iskandar. Kemudian naik UBER dari sana ke stesen KTM Batu Gajah.
Pemandu Uber ni katanya bekas Navy. Beliau terpaksa pencen awal untuk jaga anak Istimewanya. Dari riak wajahnya ku lihat begitu mesra berborak dengan aku. Beliau kenal arwah Ustaz Zul yang merupakan imam di masjid Seri Iskandar. Celotehnya mengenai pengenalan beliau dengan imam, berniaga burger dan kini pemandu Uber membuka mindaku untuk lebih bersedia dan berusaha demi masa depan anak2 dan isteri.
Katanya lagi supaya letakkan harapan kita pada Yang Maha Esa selepas diajukan persoalan berkenaan umur dan rumah. Mungkin Allah akan kurniakan rezeki rumah pada anak yang bakal lahir? atau mungkin anak2 da besar?
Tenang rasa hati bila ada orang mengingatkan aku kembali kepadaNya.
Keretapi ETS tiba 4.20pm lewat yang sepatutnya 4.03pm. Masuk je ke dalam gerabak, aku terus ke kaunter makanan. Telan air liur ku melihat harga nasi lemak rendang berharga rm8. Lapar punya pasal, terpaksa la aku beli.
No comments:
Post a Comment