Saturday, 18 November 2017

Balik!

Petang ni, aku gerak pulang ke Semenyih berjumpa dengan isteri dan anak2ku.

Syukur ada jiran sebelah rumah sewaku tolong hantar ke seri iskandar. Kemudian naik UBER dari sana ke stesen KTM Batu Gajah.

Pemandu Uber ni katanya bekas Navy. Beliau terpaksa pencen awal untuk jaga anak Istimewanya. Dari riak wajahnya ku lihat begitu mesra berborak dengan aku. Beliau kenal arwah Ustaz Zul yang merupakan imam di masjid Seri Iskandar. Celotehnya mengenai pengenalan beliau dengan imam, berniaga burger dan kini pemandu Uber membuka mindaku untuk lebih bersedia dan berusaha demi masa depan anak2 dan isteri.

Katanya lagi supaya letakkan harapan kita pada Yang Maha Esa selepas diajukan persoalan berkenaan umur dan rumah. Mungkin Allah akan kurniakan rezeki rumah pada anak yang bakal lahir? atau mungkin anak2 da besar?

Tenang rasa hati bila ada orang mengingatkan aku kembali kepadaNya.

Keretapi ETS tiba 4.20pm lewat yang sepatutnya 4.03pm. Masuk je ke dalam gerabak, aku terus ke kaunter makanan. Telan air liur ku melihat harga nasi lemak rendang berharga rm8. Lapar punya pasal, terpaksa la aku beli.


Tak sabar rasanya nak jumpa keluargaku. Ya Allah!

 

Thursday, 9 November 2017

Perak Transit

Aku ingat dapat la Naik Uber @ GrabCar dari KTM Batu Gajah. Sekali tak ada driver. So, aku terpaksa la naik teksi dan turun ke bas stand UTP dengan tambang rm30. Huhu.

Kalau guna khidmat Uber/Grab, tambang cuma rm30 sampai ke rumah sewa Teluk kepayang. Aduyai.



Dalam pukul 530petang, bas Perak Transit tiba di hentian bas UTP. Bas penuh dengan orang. Nasib baik ada 1 tempat duduk kosong. Bau dalam bas toksah habaq la. Masing2 baru balik keje, sekolah. Bas pulak ber aircond. Memang kepam baunyer!



Monday, 30 October 2017

Baru nampok lapang kome oi!!

Harini patutnya cuti rehat tapi Tuhan bagi rezeki. Ada orang Kuchai order ikan patin hidup 10kg. Dapat la sikit untungnya lepas tolak modal. Huhu.

Untung kita buat alas perut. Aku gi cari sarapan di pekan bota kanan pekena roti canai 2 keping & teh tarik. Padu!

Abis menyorok, pi sangkar. Pak imam dok tunggu kat sangkor. Di mintanya bukak semua pagar dawai, dinding zink seperti sebelum ni.

 

Fuuu.. banyok keme nak ngakatnyer.. mula proses pukul 9 pagi, habis pukul 12 tghari.



Ada sikit lagi atap nak disusun. Petang sikit la sambungnya.
Sekali hujan lebat. Huhu.

Sakit misteri pak imam...

Malam ni aku didatangi tuan tanah tempat aku buat projek sangkar ke rumahku. Aku memanggilnya dengan panggilan Imam sebab beliau merupakan salah seorang imam di kampung ni.

Hajatnya menyinggah untuk berbicara keadaan yang menimpa dirinya dan keluarganya yang sering diganggu makhluk halus. Anak lelakinya selalu nampak 'sesuatu' yang datang tenggek pada dirinya imam hinggakan buat diri imam selalu sakit2.

Disambung kisahnya penuh kerisauan pabila dah bermacam2 cara rawatan termasuklah secara tradisional dengan ikhtiar para ustaz dan mahir perubatan alternatif.

Lepas satu persatu ujian menimpa diri pak imam ni sampai bermonolog imam supaya ditunjukkan apa yang 'dia' mahukan? Akhirnya, senja tadi gerak kakinya ke sangkar belakang lalu kedengaran bunyi derapan kuat seperti ada yang menghentak2 zink2 namun tiada apa penampakan.

Teringat kata2 para pengamal perubatan yang dijumpanya yang mengatakan ada kaitan dengan kawasan sangkar yang telah dipagarkan malah ditutup kelilingnya dan ini mengganggu makhlukNya yang berada disitu. Ditambahkan pula dengan sekelompok pemuda yang selalu berada disitu (dulunya kerap bermalam menjaga sangkar dari anasir pak merang) juga diganggu si 'telekung putih'. Bergegas pak imam mencari sahabat kampungnya untuk bertanya ceritera perihal andainya ada kejadian yang tak elok di sangkar.

Anehnya, sahabatnya itu bercerita pada satu tika dia didatangi pak tua meminta pertolongan dan pak tua itu seperti tahu keadaan yang berlaku disangkar.

Kembali perbualan pak imam denganku di aras bawah rumahku yang pinginkan rombakan pembersihan semula sangkar seperti sediakala asalnya yang tidak ditutupi. Biarkan saja terbuka dan berangin. Ku lihat riak wajahnya yang penuh harapan mahukan tindakan drastik dilakukan esok pagi. Tak tahan dah katanyer..

Saturday, 28 October 2017

UBER APPs

First experience aku guna khidmat Uber ni.. kisahnya, aku balik dari KL ke Batu Gajah naik ETS. Kemudiannya, aku tahan teksi untuk bawak aku ke bus stand area Pusing. Sejam aku tunggu bhai.. dengan nak terkucil, langit nak hujan.. aku try pula Apps UBER. Alhamdulillah! Ada jugak yang jadi drebar Uber boleh antar aku balik bota. Dengan bayaran tunai rm28 sampai jua aku ke rumah. Next time, boleh la aku guna Uber dari stesen Batu Gajah.

Wednesday, 4 October 2017

Bubu kipas

Petang semalam dok punggah kipas meja yg da xpakai untuk dibuat bubu. Ni gara-gara video dalam Facebook yang tunjuk orang dari negara luar buat bubu kipas. Hasilnya depa dapat udang galah guna umpan jagung bakar..

Petang tadi pasang bubu kipas yang da siap menggunakan umpan buah mempelam jiran sebelah rumah. Haaa..

Tuesday, 3 October 2017

Bas Transit Perak

Sebelum ni, kalau aku balik ke Bota dari Kajang, aku akan mintak tolong birasku aku ambikkan aku di stesen keretapi Batu gajah. But now, aku try naik public transport dan aku naik teksi dari stesen. First time aku cuba naik teksi dari batu gajah ke bota. drebar caj rm60. fuhh.. koyak!

Bas awam yang boleh korang guna seperti PerakTransit (biru) dan Roadways (merah). Kedua2 bas ni adalah bas lompat2 ke arah Lumut. Cuma korang kena naik teksi ke bas stand siputeh dan tahan bas. Kalau nasib baik, dpt la drebar teksi kasi caj murah (rm16 instead rm20). Kalau ke UTP rm28. Tiket bas murah ja. PerakTransit rm2.70 manakala Roadways rm1.50.

Monday, 2 October 2017

Setahun bhai!

Assalamu'alaikum geng,

Dah setahun lebih tak update blog ni. Berabuk page nih!

Btw, sekarang ni aku dah tak kerja depan computer dah.. la ni aku cari rezeki di negeri orang. Hidup merantau di Teluk kepayang, Bota Kiri, Perak. Aku ikut birasku buat projek sangkar ikan sungai.

Setahun aku ikut meniaga jual ikan sungai. Angkut ikan, timbang ikan, siang ikan. Dah bau hanyor badan ni! 😃

-----------------------------------------------------------------

Selepas berhenti kerja di Shah Alam, aku cuba berjinak2 dengan meniaga. Aku ambik produk2 orang kemudiannya aku jual dikedai2 runcit, kedai makan, orang perseorangan. 🚚

Susah bhai nak mulakan bisnes macamni. Ambik stock dari Kedah nun, pastu hantar kedai2. Hujung bulan ambik payment dan restock barang. Jenuh aih!

-------------------------------------------------------------------

Dalam setahun tu juga, Allah kurniakan aku lagi nikmat seorang anakanda lelaki yg comel dan sihat. 👶 Alhamdulillah syukur. Kini dah setahun lebih usia anak keduaku Abdullah Wazif. Anakandaku yg sulung Muhammad Amirulnizam berusia 4 tahun dah.. 👦 dan sedang belajar di pra sekolah PASTI.

Isteriku pulak sedang sarat mengandung anak kami yg ke-3 👸. Moga Allah sentiasa pelihara isteriku dan anak2ku.